Galas misi negara di Sumatera Selatan

Galas misi negara di Sumatera Selatan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Seramai empat orang pegawai kanan dan 22 orang atlet lelaki dan wanita Jabatan Penjara kelmarin berlepas Ke Palembang, Indonesia bagi menyertai Kejohanan Olahraga Penjara-penjara ASEAN yang bermula 28 November 2015 sehingga 3 Disember 2015, bertempat di Stadium Jakabaring, Palembang, Sumatera Selatan.

Penyertaan atlet Jabatan Penjara selaku wakil Negara Brunei Darussalam dimulakan dengan Majlis Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam yang disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam kepada Pemangku Pengarah Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat selaku Ketua Kontinjen Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam ke kejohanan tersebut yang berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Kejohanan Olahraga Penjara-penjara ASEAN mula diperkenalkan pada tahun 1980 di Republik Singapura dan Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam telah mula menyertai kejohanan ini pada tahun 1986 di Pulau Pinang, Malaysia.

Setakat ini, Jabatan Penjara sudah pun berjaya menjuarai kejohanan tersebut sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1992 di Singapura, 1998 dan 2008 semasa Jabatan Penjara Brunei menjadi tuan rumah manakala meraih tempat naib johan pada tahun 1990, 1996, 2000, 2002, 2004 dan 2006 serta mendapat tempat ketiga pada tahun 1986, 1988, 1994 dan 2011. Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam pernah menjadi tuan rumah (penganjur) pada tahun 1990, 1998 dan 2008.

Majlis Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘Abdoh kepada Pemangku Pengarah Penjara, Haji Ismail selaku Ketua Kontinjen Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam ke kejohanan tersebut yang berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Majlis Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘Abdoh kepada Pemangku Pengarah Penjara, Haji Ismail selaku Ketua Kontinjen Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam ke kejohanan tersebut yang berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Kejohanan Olahraga Penjara ASEAN diadakan dua tahun sekali dan dianjurkan secara bergilir-gilir dalam kalangan negara-negara ASEAN. Pada tahun 2015 ini, kejohanan tersebut dikendalikan oleh Republik Indonesia selaku tuan rumah.

Di samping kejohanan berkenaan, ketua-ketua Pengarah Penjara dari negara-negara selaku ketua delegasi akan menghadiri mesyuarat bagi menjalin hubungan kerjasama serta berbincang mengenai perkara-perkara yang berhubung kait dengan hal ehwal kepenjaraan seperti kursus atau latihan, lawatan, pertukaran/perkongsian maklumat dan untuk memberi peluang atlet-atlet jabatan tersebut bersaing dengan para atlet luar negara agar dapat mempertingkatkan lagi mutu dan kecemerlangan dalam Sukan Negara Brunei Darussalam.

Pegawai-pegawai dan atlet juga berpeluang melawat ke institusi-institusi Penjara di negara berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA