Galas tugas penuh tanggungjawab

Galas tugas penuh tanggungjawab

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Seramai 60 orang buruh masjid kerajaan dan 20 buruh upah masjid, baru-baru ini, menghadiri Ceramah Motivasi Untuk Buruh-buruh Masjid Daerah Brunei-Muara yang diadakan di Balai Ibadat Kampung Mata-Mata, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Brunei-Muara, Haji Jamil bin Haji Gani.

Ceramah telah disampaikan oleh pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Yusuf bin Haji Abdul Majid.

Dianjurkan bersama Jawatankuasa Takmir Balai Ibadat Kampung Mata-Mata, Gadong dan Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei Muara, Zon 3B, ceramah motivasi ini bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada kesucian dan kebersihan, di samping menanai rasa tanggungjawab terhadap tugas yang diberikan sebagai satu pekerjaan yang sangat mulia dan dinilai ibadat oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Awang Yusuf ketika menyampaikan ceramah motivasi kepada buruh-buruh masjid di Daerah Brunei-Muara.
Awang Yusuf ketika menyampaikan ceramah motivasi kepada buruh-buruh masjid di Daerah Brunei-Muara.

pg10_160216_f

ARTIKEL YANG SAMA