Galaxy Note 7 baru mula dijual di AS

Galaxy Note 7 baru mula dijual di AS

SAN FRANCISCO, 21 Sept – Samsung berkata telefon pintar baru Galaxy Note 7 boleh diperoleh di kedai AS mulai hari ini untuk mengganti kira-kira 1 juta peranti yang sedang ditarik balik disebabkan bateri mereka boleh terbakar.

Syarikat Korea Selatan itu telah mula menyelesai masalah yang berpunca daripada kerosakan bateri dalam versi terbaru telefon pintarnya, yang mula dijual pada bulan lalu.

Apabila ia pertama ditawarkan pada 2 September untuk mengganti telefon Note 7 yang terjejas, Samsung berkata ia akan menukar mereka dengan model telefon lain, seperti Galaxy S7, sehingga bekalan telefon pintar ganti Note 7 boleh diperoleh.

Samsung menyusuli pada minggu lalu dengan mengumumkan bahawa pengguna AS yang telah membeli salah satu telefon yang ditarik balik boleh memilih di antara penggantian atau bayaran balik untuk peranti, yang dijual dengan harga kira-kira AS$850.

Gambar fail 28 Julai 2016 menunjukkan Samsung Galaxy Note 7 dipamerkan di New York. – AP
Gambar fail 28 Julai 2016 menunjukkan Samsung Galaxy Note 7 dipamerkan di New York. – AP

Pegawai keselamatan telah menggesa pemilik Note 7 supaya menutup telefon mereka dan mengembalinya dengan segera. Mereka memetik laporan mengenai bateri Note 7 yang menjadi terlalu panas di Amerika Syarikat, termasuk 25 kejadian di mana individu terbakar dan 55 yang menyebabkan kerosakan harta.

Masalah itu tidak menjejas kesemua telefon Note 7, disebabkan Samsung menggunakan bateri daripada pembekal berlainan. Namun syarikat telah berkata kira-kira 2.5 juta telefon bimbit mungkin terjejas di seluruh dunia, termasuk 1 juta yang dijual di Amerika Syarikat.

Samsung juga berkata ia sedang mengeluarkan dua pengemaskinian perisian menerusi pembawa wayarles. Satu akan menunjukkan ikon bateri hijau untuk mengesahkan bahawa telefon bimbit Note 7 adalah baru yang tidak mempunyai masalah bateri. – AP

ARTIKEL YANG SAMA