Galeri Pameran Pusat Sejarah Brunei dibuka hingga malam

Galeri Pameran Pusat Sejarah Brunei dibuka hingga malam

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Galeri Pameran Pusat Sejarah Brunei akan dibuka untuk kunjungan orang ramai pada waktu malam sempena meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 bermula hari ini (15 Ogos) hingga 31 Ogos dari jam 5.00 petang hingga 9.30 malam.

Galeri juga dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti kelepasan awam, yang mana pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu ia dibuka dari 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan dari jam 1.45 hingga 4.15 petang.

Pada Jumaat pula, ia dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.30 hingga 4.30 petang.

Selain daripada pameran, kuiz interaktif dan tayangan video sejarah juga disediakan untuk orang ramai.

ARTIKEL YANG SAMA