Gambar terbaru Puteri Charlotte dikeluarkan

Gambar terbaru Puteri Charlotte dikeluarkan

LONDON, 1 Mei (AFP) – Empat gambar baru Puteri Charlotte dari Britain yang bermain di rumah keluarganya telah dikeluarkan oleh keluarga diraja hari ini bagi menandakan hari jadi pertamanya.

Gambar-gambar itu telah diambil oleh ibunya, Kate, bulan lepas di Anmer Hall, rumah terpencil di Norfolk, timur England, di mana keluarga itu meluangkan kebanyakan masa bersama.

Putera William dan Kate sangat “gembira kerana berupaya mengongsikan detik-detik keluarga ini menjelang hari jadi anak mereka” esok, menurut siaran pejabat Istana Kensington dalam laman twitter.

“Kami berharap semua orang menyukai gambar-gambar ini seperti mana kami menyukainya,” tambahnya.

Charlotte digambar dalam dua baju berbunga berbeza yang sepadan, satu berwarna jambu, satu biru, dengan cardigan di atas.

Kelihatan Puteri Charlotte menyorong ‘baby walker’ di sebuah taman. – AP
Kelihatan Puteri Charlotte menyorong ‘baby walker’ di sebuah taman. – AP

Dalam salah satu gambar, dia menyorong ‘baby walker’ yang dipenuhi bata di sebuah taman.

Satu lagi, dia memegang buku kanak-kanak muzikal yang kelihatan seperti buku ‘The Wheels On The Bus’ yang ditulis oleh David Ellwand.

William dan Kate telah sekian lama melindungi privasi Charlotte dan abangnya, Prince George yang berusia dua tahun.

Charlotte, yang dalam senarai keempat untuk memegang takhta, hanya dilihat beberapa kali sahaja dalam gambar sejak kelahirannya, terutamanya yang dikeluarkan oleh pihak istana.

Baru-baru ini, dia digambar bersama di pangkuan moyangnya, Ratu Elizabeth II dalam satu gambar ahli termuda dalam keluarga diraja untuk menandakan ulang tahun ke-90 Ratu Elizabeth II bulan lepas.