Gambar wartawan Jepun hilang di Syria disiar

Gambar wartawan Jepun hilang di Syria disiar

TOKYO, 30 Mei – Gambar terbaharu wartawan Jepun yang hilang di Syria tahun lalu muncul di atas talian dalam keadaan berjambang sambil memegang kertas bertulis ’peluang terakhir.’

Gambar yang menarik perhatian meluas media hari ini menunjukkan wartawan bebas, Jumpei Yasuda yang hilang hampir setahun, memakai baju oren dengan rambut dan janggut yang panjang.

Beliau dilihat memegang sekeping kertas dengan mesej tulisan tangan dalam bahasa Jepun bermaksud, “Tolong bantu. Ini peluang terakhir. Jumpei Yasuda.”

Penyiar awam Jepun, NHK dan media lain turut menyiarkan gambar berkenaan.

Menteri Luar Negara, Fumio Kishida memberitahu wartawan bahawa lelaki yang ditunjukkan dalam imej itu berkemungkinan Yasuda.

Gambar yang tidak bertarikh yang disediakan oleh agensi berita Jiji Press Jepun, pada lokasi yang tidak didedahkan kelmarin menunjukkan wartawan bebas Jepun Jumpei Yasuda memegang sekeping kertas dengan mesej tulisan tangan dalam bahasa Jepun. - AFP
Gambar yang tidak bertarikh yang disediakan oleh agensi berita Jiji Press Jepun, pada lokasi yang tidak didedahkan kelmarin menunjukkan wartawan bebas Jepun Jumpei Yasuda memegang sekeping kertas dengan mesej tulisan tangan dalam bahasa Jepun. – AFP

“Kerajaan sedang menganalisis imej itu,” katanya.

Namun masih tidak jelas bila atau di mana imej itu diambil, tetapi ia muncul selepas gambar Yasuda di muat naik ke atas talian Mac lalu.

Tahun lalu, militan Kumpulan Islamic State (IS) memenggal kepala wartawan perang Jepun, Kenji Goto dan rakannya Haruna Yukawa.

NHK melaporkan bahawa ia adalah orang yang sama yang telah menyiarkan gambar baru itu dalam talian.

Kerajaan Tokyo dikritik hebat berikutan usaha yang disifatkan rakyat tidak bersungguh untuk membebaskan kedua-dua tawanan.

Pada awal bulan ini, tiga wartawan Sepanyol, yang telah ditahan sebagai tebusan di Syria oleh kumpulan Al-Qaeda, telah dibebaskan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA