Gambaran ketokohan, kewibawaan raja perkasa

Gambaran ketokohan, kewibawaan raja perkasa

Oleh Sim Y. H., Yusrin Junaidi dan Normazlina M.D

Gambar Oleh Muiz Matdani dan Sim Y.H

 

TUTONG, 19 Julai – Daerah Tutong menjadi daerah pertama untuk mempersembahkan persembahan khas yang membawa tema, Raja Perkasa, Negara Berjaya, Rakyat Sejahtera, bersempena dengan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong yang berlangsung di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong, hari ini.

Keadaan cuaca yang hujan, tidak mematahkan semangat seramai 460 orang peserta yang mengambil bahagian dalam persembahan khas di mana setiap peserta memberikan persembahan yang penuh bertenaga.

Huraian tema persembahan khas bagi Daerah Tutong mengetengahkan raja perkasa dan berwibawa adalah simbol kedaulatan negara selaku Ulil Amri yang memainkan peranan sebagai paksi utama dalam membentuk sahsiah rakyat dari berabad-abad melalui pancir keturunan yang cemerlang dan tidak pernah punah dan luntur ditelan zaman.

Lahirnya sebuah negara gemilang yang berjaya, makmur, berdaulat dan merdeka serta berjaya membentuk dan melahirkan modal insan dan moral iaitu rakyat yang sejahtera sebagai generasi jati diri menerusi perpaduan dan penyatuan bangsa berkonsepkan falsafah Melayu Islam Beraja yang berpaksikan Negara Zikir sebagai tunjang utama dan akar membalut keseluruhan kehidupan bernegara, berbangsa, berkerajaan dan Islam sebagai perisai keutuhan beragama.

Persembahan selama 15 minit yang dibahagikan kepada empat buah segmen membawa konsep bidang dan ciri keagamaan bagi mengetengahkan ketokohan dan kewibawaan Raja Yang Perkasa dalam meninggikan darjat dan melaksanakan syiar Islam di Negara Brunei Darussalam sejak pemerintahan Baginda.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan menyaksikan persembahan padang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota berkenan menyaksikan persembahan padang.

Kegemilangan syiar Islam dan keteguhan beragama dipersembahkan menerusi sinopsis pencapaian salah satu daripada Wawasan 2035 iaitu pendidikan sebagai obor sebuah negara yang berjaya dalam membentuk negara yang cemerlang.

Plot akhir persembahan iaitu rakyat sejahtera digambarkan melalui persembahan daripada aspek kekukuhan perpaduan rakyat dan bangsa dari berbagai-bagai puak dan masyarakat iaitu daripada lapan buah mukim di Daerah Tutong yang bersatu, setia dan bersama-sama menikmati kemakmuran negara.

Segmen pertama persembahan mengetengahkan Tekad Generasi Berjiwa Perkasa di mana kumpulan generasi muda yang berpakaian mengikut profesion seperti polis, tentera, puak-puak dan masyarakat di mana mereka membuat persembahan mengikut rentak irama muzik raja lalu yang diisi alunan beduk, umpong dan gambus yang melambangkan keislaman sebagai benteng kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di bawah kepimpinan raja yang terbilang dengan berlatar-belakang persembahan gerak laku pasukan koir komuniti.

pg08_160720_d

Hujan renyai-renyai tidak melemahkan semangat peserta persembahan.
Hujan renyai-renyai tidak melemahkan semangat peserta persembahan.

pg08_160720_b

Peserta cilik memeriahkan lagi persembahan di Tutong.
Peserta cilik memeriahkan lagi persembahan di Tutong.

pg08_160720_g

Segmen pertama juga menyaksikan kumpulan kanak-kanak membaca tekad yang diketuai oleh seorang kanak-kanak yang lengkap berpakaian seperti pendekar yang perkasa diiringi awang-awang membawa senipit. Segmen pertama itu membawa pengertian sebuah negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa mentaati raja, beragama, berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berwawasan.

Segmen kedua pula mengetengahkan negara aman rakyat bahagia di mana kumpulan pesilat membuat persembahan silat yang mempamerkan gerak langkah silat yang bertenaga dengan berlatar belakang alunan muzik gulingtangan dan persembahan gerak laku pasukan koir komuniti belia-belia pelbagai etnik dan masyarakat sebagai simbol Keamanan dan Kesejahteraan Negara sentiasa dipertahankan oleh belia-belia yang berwawasan.

Perpaduan dalam kalangan pelbagai puak di Daerah Tutong terserlah.
Perpaduan dalam kalangan pelbagai puak di Daerah Tutong terserlah.
Persembahan tarian dan nyanyian menyemarakkan lagi suasana.
Persembahan tarian dan nyanyian menyemarakkan lagi suasana.

pg08_160720_i

Segmen ketiga yang mengetengahkan transformasi sahsiah bangsa menyaksikan persembahan daripada Kumpulan Seni Tari yang mempamerkan tarian yang menzahirkan transformasi gerak tarian mengikut irama lagu Menjunjung Duli dengan berlatar-belakang persembahan gerak laku pasukan Koir Komuniti.

Segmen keempat dan terakhir menyaksikan persembahan dari keseluruhan penari yang mempersembahkan pergerakan dalam satu irama tarian puak-puak dan menggambarkan penglibatan bangsa, etnik dan masyarakat yang mempunyai pelbagai latar-belakang pendidikan, profesion dan kemahiran berganding bahu membangun negara dalam semua sektor pembangunan negara termasuk keagamaan, pendidikan, perekonomian, kebudayaan dan sukan.

Sebagai penutup kepada persembahan khas itu, Doa Peliharakan Sultan dibacakan oleh seorang kanak-kanak dan laungan Daulat Ke bawah Duli Tuan Patik dilaungkan secara serentak oleh kesemua peserta persembahan.