Ganding bahu banteras dadah

Ganding bahu banteras dadah

KUCHING, 22 Julai – Semasa pihak kerajaan gigih berusaha menjayakan 2016 sebagai Tahun Perangi Dadah, gejala penyalahgunaan dadah dalam negara dilihat terus serius yang menuntut banyak pihak perlu melipatgandakan usaha untuk berganding bahu dengan kerajaan membanteras masalah ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata pihak lain yang dimaksudkannya termasuk pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan (NGO), sekolah, ibu bapa, masyarakat, malah majikan.

Beliau berkata jumlah penagih dalam negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat menunjukkan trend meningkat, menjangkau 23,642 pada tahun 2014, berbanding 20,887 pada tahun 2013 dan 15,101 pada tahun 2012.

“Ia jumlah yang menakutkan, kerana bagi tiap seorang penagih yang direkod, kita tahu ada empat lagi yang tidak direkodkan,” katanya dalam satu persidangan media di sini hari ini. – Bernama