Ganding bahu cantikkan Daerah Belait

Ganding bahu cantikkan Daerah Belait

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 19 Ogos – Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 Tahun bagi Daerah Belait akan diadakan pada 22 Ogos ini di Padang Bandaran, di sini.

Sebagai persiapan bagi menjunjung keberangkatan Baginda Sultan, Daerah Belait telah menyediakan berbagai-bagai perhiasan untuk mencantikkan pemandangan di Kuala Belait ini, di samping pintu-pintu gerbang, kain rentang, hiasan lain termasuklah susunan pasu-pasu bunga di sepanjang Jalan Singa Menteri di sini.

Pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi dalam maklumannya menyatakan, penyusunan pasu-pasu yang diisikan dengan bunga-bungaan itu merupakan salah satu cara untuk menambah cantikkan lagi suasana persekitaran pekan berkenaan, selain bagi menarik perhatian pengunjung.

Berbagai-bagai jenis bunga ditanam bagi mengindahkan lagi pasu-pasu landskap itu, antaranya jenis Algave Desmettiana, Aclypha Reptans dan Hemigraphis Alterna Exotica.

Pelbagai jenis bunga yang ditanam dalam pasu-pasu itu dapat menambah cantikkan lagi suasana persekitaran Kuala Belait bagi persediaan Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah yang akan diadakan Sabtu ini.
Pelbagai jenis bunga yang ditanam dalam pasu-pasu itu dapat menambah cantikkan lagi suasana persekitaran Kuala Belait bagi persediaan Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah yang akan diadakan Sabtu ini.

Selain itu, bendera-bendera juga telah dipasang di sepanjang kawasan jalan menuju ke Padang Bandaran bagi menyemarakkan lagi suasana Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Penduduk Daerah Belait itu nanti.

Gerbang-gerbang dan kain rentang serta bendera berkenaan didirikan oleh pihak kerajaan dan swasta dalam sama-sama berganding bahu sebagai tanda menyembahkan kesyukuran, serta rasa

kegembiraan dalam sama-sama menyambut raja yang dikasihi oleh setiap rakyat jelata yang bernaung di Negara Brunei Darussalam khasnya di daerah ini.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 Tahun bagi Daerah Belait menjemput dan mempersilakan seluruh penduduk di daerah ini untuk sama-sama menghadirkan diri di Padang Bandaran pada majlis itu nanti.

ARTIKEL YANG SAMA