Ganding bahu cegah jenayah

Ganding bahu cegah jenayah

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 3 April – Seramai tiga orang anggota Balai Polis Labi bersama tiga orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Merangking dan seorang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Bukit Sawat telah menjalankan operasi rondaan mencegah jenayah, baru-baru ini.

Rondaan yang diketuai oleh Lans Koperal 4662, Awang Mohd Izzat Izuddin bin Abdullah dari Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Labi itu menumpukan operasi di sekitar kawasan Kampung Bukit Sawat hingga ke kawasan Kampung Merangking termasuk bangunan-bangunan kerajaan, sekolah, masjid dan kawasan rumah penduduk kampung berkenaan.

Turut menyertai operasi tersebut ialah Pemangku Ketua Kampung Merangking, Awang Raimey bin Abdullah.

Menurut pihak polis, operasi yang berakhir pada jam 12 tengah malam itu bagaimanapun tidak menjumpai sebarang aktiviti jenayah atau perkara yang mencurigakan.

Gambar ramai sebelum menjalankan operasi rondaan mencegah jenayah.
Gambar ramai sebelum menjalankan operasi rondaan mencegah jenayah.

ARTIKEL YANG SAMA