Ganding bahu laksana aktiviti amal

Ganding bahu laksana aktiviti amal

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 30 Okt – Kelab Lions Daerah Belait dengan kerjasama Defense Infrastructure Organization (DIO) di bawah British Garrison telah berganding bahu bagi menjalankan projek ‘Sight For Kids’ yang diadakan di Sekolah Chung Hwa Labi, di sini, hari ini.

Acara tahunan ini diketuai oleh Presiden Kelab Lions Daerah Belait, Awang Chua Pheng Hee manakala dari DIO pula diketuai oleh Mejar SJ Oxley.

Dalam projek tersebut, seramai 22 orang daripada kedua-dua organisasi berkenaan beramah mesra dengan pelajar-pelajar, guru dan kakitangan sekolah tersebut di samping membantu membaiki dan mengubahsuai perpustakaan sekolah, termasuk menggantikan rak dan menambah buku untuk kanak-kanak.

Antara kerja-kerja pemulihan yang dilakukan di Sekolah Chung Hwa Labi, Belait.
Antara kerja-kerja pemulihan yang dilakukan di Sekolah Chung Hwa Labi, Belait.
Gambar ramai para guru, pelajar-pelajar bersama kakitangan daripada Kelab Lions Belait.
Gambar ramai para guru, pelajar-pelajar bersama kakitangan daripada Kelab Lions Belait.

Menerusi projek itu juga, kotak elektrik dan paip-paip diganti dengan yang baru malah rombongan pelawat berkenaan turut menyumbangkan pakaian keperluan.

Menurut Setiausaha Kelab Lions Daerah Belait, Awang Joseph Teo, Projek Sight For Kids bertujuan untuk menyediakan ujian penglihatan kepada pelajar, memberi preskripsi cermin mata secara percuma kepada mereka yang memerlukannya dan memberi beg sekolah, alat tulis kepada semua pelajar-pelajar di sekolah tersebut bagi keperluan pelajaran mereka.

Beliau juga berkata kedua-dua pihak akan mengadakan acara sebegini pada masa hadapan di sekolah-sekolah yang lain bila ada kesempatan masa.

ARTIKEL YANG SAMA