Gandingan MSN belasah Leganes

Gandingan MSN belasah Leganes

MADRID, 18 Sept – Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar (MSN) semuanya menjaringkan gol untuk membantu Barcelona kembali pada landasan kemenangan dalam saingan La Liga dengan membelasah pendatang baru Leganes 5-1.

Antoine Griezmann dan Fernando Torres pula menjaringkan dua gol untuk Atletico Madrid naik ke tangga keempat dengan kemenangan ketiga dalam seminggu selepas mengalahkan Sporting Gijon 5-0.

Barca berkongsi mata dengan Real Madrid di kedudukan teratas liga, tetapi Madrid akan mengharungi permainan mereka berdepan Espanyol awal pagi esok tanpa Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale yang dibelenggu kecederaan.

Gandingan MSN yang nampak begitu cemerlang dalam perlawanan tersebut. - AFP
Gandingan MSN yang nampak begitu cemerlang dalam perlawanan tersebut. – AFP

Atletico pula akan berkunjung ke Barcelona untuk perlawanan pada Khamis ini.

“Kami bermula dengan baik. Jika kami bermula perlahan, pemikiran kami hanya perlu mendapatkan kemenangan, maka kami terus akan bergelut lagi,” kata bos Barca, Luis Enrique.

Messi, Suarez dan Neymar berada dalam skuad utama buat kali kedua musim ini termasuk ketika membelasah Celtic 7-0, Selasa lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA