Gangguan bekalan air di Brunei Muara

Gangguan bekalan air di Brunei Muara

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Jabatan Perkhidmatan Air memaklumkan bahawa penutupan bekalan air dua talian paip utama akan dilakukan di dua lokasi, iaitu Jalan Gadong Simpang 520 dan Jalan Jangsak Simpang 636, pada 8 September dari jam 9:00 malam hingga 11:00 pagi (9 September).

Kerja-kerja penutupan akan dijalankan pada sebelah malam, bagaimanapun, JKR dalam kenyataannya, hari ini, menggesa penduduk di kawasan yang terjejas supaya menyimpan dan menggunakan air sebaiknya sepanjang tempoh itu, kerana tekanan air rendah mungkin akan berlarutan dari lima hingga tujuh hari selepas kerja-kerja tersebut selesai dijalankan, terutamanya di kawasan-kawasan tinggi.

Menurut kenyataan JKR lagi, kawasan-kawasan yang akan terjejas termasuk sepanjang jalan Kampung Jangsak, Kampung Beribi Lama, Kampung Perpindahan Katok B, Perindustrian Beribi, Kampung Mata-Mata Lama, Kampung Perpindahan Mata-Mata, Kampung Perpindahan Mata-Mata Rakyat Jati, Kampung Dadap Mata-Mata, Ibu Pejabat Polis Gadong, Jabatan Pengangkutan Darat Gadong, Pusat Tingkatan Enam Gadong, Kampung Batu Bersurat dan Pusat Komersil Gadong.

Juga akan terjejas, sepanjang Jalan Gadong, Kampung Menglait, Jalan Kumbang Pasang, kawasan Ong Sum Ping, Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS), kawasan Perumahan Assara, perumahan kerajaan dan bangunan-bangunan kerajaan di lapangan terbang lama, Kampung Perpindahan Burung Pingai, Bolkiah Kem, bangunan-bangunan kerajaan di Jalan Menteri Besar, Kampung Anggerek Desa dan Perumahan Anggerek Desa, Pusat Komersial Delima, Pusat Komersial berdekatan Padang Kebajikan Berakas, Kampung Pulaie, Jalan Kebangsaan Lama, kawasan diplomatik, Sekolah Yayasan, Belimbing Subok, Kampung Manggis I dan II, Kampung Serusop, Kampung Sungai Akar, Kampung Delima I dan II, Kampung Sungai Tilong, Kampung Madang, Kampung Sungai Hanching, Kampung Salambigar, Kampung Tanah Jambu, kawasan Perumahan Pusat Pembangunan dan yang berdekatan dengannya.

Bagi mengurangkan masalah gangguan bekalan air sepanjang minggu berkenaan, tangki biru sementara akan diletakkan dilokasi-lokasi seperti di Masjid Kampung Jangsak, Surau Beribi, Cawangan Opis Jabatan Jalan Raya, Simpang 456 Kampung Beribi, Masjid Kampung Mata-Mata Asal, Masjid Perpindahan Mata-Mata, Sekolah Menengah Katok ‘B’ (kawasan letak kereta), Surau Polis Gadong, Masjid Kampung Perpindahan Burung Pinggai, Berakas, Masjid Ash Shaliheen Jalan Kumbang Pasang, Masjid Kampung Pulaie, Masjid Kampung Sungai Akar, Masjid Mohammed Bolkiah, Kampung Serusop, Sekolah Iqra Kampung Manggis, Masjid Kampung Sungai Hanching, Masjid Kampung Salambigar, Pusat Pembangunan Belia, Kampung Tanah Jambu, Masjid Kampung Tanah Jambu dan Sekolah Yayasan, Jalan Kebangsaan.

Sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123.

ARTIKEL YANG SAMA