Gangguan bekalan air di Jerudong hari ini

Gangguan bekalan air di Jerudong hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa kawasan Masjid Jerudong sehingga ke Pasar Jerudong dan sekitarnya akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah terutama sekali bagi kawasan yang tinggi.

Gangguan ini disebabkan penutupan air yang akan bermula esok (2 November) jam 9 malam, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyambungan paip baru berukuran 355mm berdekatan Pantai Jerudong.

Sehubungan itu, JKR dalam kenyataannya di sini, memohon orang ramai supaya dapat mengambil langkah menjimatkan penggunaan air sehingga bekalan air pulih seperti sediakala dan jika memerlukan perkhidmatan bekalan air melalui tangki air, boleh menghubungi talian hotline Darussalam 123, walau bagaimanapun perkhidmatan ini terhad.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook (Jabatan Kerja Raya, Negara Brunei Darussalam) dan e-mel pro@pwd.gov.bn.