Gangguan kabel TelBru tidak jejas pelanggan

Gangguan kabel TelBru tidak jejas pelanggan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mac – Gangguan ke atas dua kabel dasar laut, baru-baru ini, telah menjejaskan rangkaian TelBru, disebabkan sambungan dan rangkaian antarabangsa yang berbeza-beza, setakat ini tiada pelanggan TelBru dilaporkan terjejas.

TelBru dalam kenyataannya memberitahu, pasukan teknikal mereka secara proaktif telah mengambil langkah-langkah perlu untuk menguruskan gangguan berkenaan sementara kerja-kerja pemulihan diteruskan.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pemedulian Pelanggan di talian 111.

ARTIKEL YANG SAMA