Gangguan perkhidmatan HSBB

Gangguan perkhidmatan HSBB

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Feb – Telekom Brunei Berhad (TelBru) memaklumkan bahawa pihak mereka akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan kualiti perkhidmatan di beberapa kawasan terpilih termasuk Bandar Seri Begawan, Gadong, Madang dan Sengkurong.

TelBru dalam kenyataannya berkata, kerja-kerja ini adalah sebahagian daripada rancangannya untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB).

Kerja-kerja akan bermula pada 23 hingga 28 Februari dari jam 12 tengah malam hingga 6 pagi setiap hari.

Sepanjang tempoh ini, para pelanggan HSBB di kawasan-kawasan berkenaan akan mengalami sedikit gangguan perkhidmatan Internet dan telefon.

Sehubungan itu, TelBru memohon maaf dan kesal terhadap sebarang kerumitan yang berlaku disebabkan perkara ini.

Bagi sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pusat Pemedulian Pelanggan di talian 111.

ARTIKEL YANG SAMA