Gangguan perkhidmatan TelBru

Gangguan perkhidmatan TelBru

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Telekom Brunei Berhad (TelBru) memaklumkan bahawa sistem kabel SEA-ME-WE3 (Asia Tenggara – Timur Tengah – Eropah Barat 3) mengalami kerosakan di sepanjang laluan ke Singapura dan kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.

Berikutan daripada kerosakan itu, TelBru dalam kenyataannya, di sini, hari ini, memberitahu, para pelanggannya mungkin akan mengalami gangguan perkhidmatan termasuk Internet dan panggilan.

Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang mungkin terjejas adalah, panggilan antarabangsa, perkhidmatan data antarabangsa dan litar suwa persendirian antarabangsa (IPLC).

TelBru turut memberitahu bahawa pasukan teknikal mereka telah mengambil langkah-langkah segera untuk menguruskan dan mengalihkan trafik sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan bagi memulihkannya kepada tahap prestasi yang dijangkakan.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di talian 111.

ARTIKEL YANG SAMA