Gangguan perkhidmatan WhatsApp

Gangguan perkhidmatan WhatsApp

SAN FRANCISCO, 26 Jan – Perkhidmatan pesanan telefon pintar kepunyaan Facebook, WhatsApp, tidak berfungsi buat sementara waktu di pelbagai negara dari AS ke India, berkemungkinan menjejaskan beratus-ratus juta pengguna.

Laporan dari pengguna yang mempunyai masalah dengan WhatsApp di negara-negara itu termasuk Jepun, India, Malaysia, Colombia dan Amerika Syarikat pada pukul 0200 GMT Selasa.

Gangguan itu dapat diselesaikan pada kebanyakan lokasi selama 1 jam atau lebih, mengikut Downdetector.com, yang juga dinamakan dengan ‘Pengkaji cuaca dunia digital.’

Komen daripada pengguna-pengguna menunjukkan mereka telah menghadapi masalah rangkain maklumat yang terputus-putus dalam WhatsApp sepanjang tempoh masalah itu.

Facebook tidak bertindak balas pada permintaan AFP untuk mendapatkan komen.

Gangguan itu datang daripada laporan media bahawa Facebook bekerja di belakang tabir untuk mengintegrasikan WhatsApp agar lebih selesa dalam rangkaian sosial terkemuka di dunia dengan menyediakan keupayaan untuk berkongsi maklumat dalam perkhidmatannya.

Facebook yang berpangkalan di California membeli WhatsApp dengan harga AS$ 19 bilion pada akhir 2014 dan khidmat pesanan ini telah berkembang kepada hampir satu bilion pengguna. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA