Gangguan rosakkan kad memori

Gangguan rosakkan kad memori

BERLIN, 9 Sept – Gangguan yang tiba-tiba dalam tenaga adalah salah satu sebab paling biasa bagi kerosakan kad memori dalam telefon bimbit. Ia bermaksud para pengguna telefon pintar tidak seharusnya mengeluarkan bateri keluar dari peranti pengendalian, namun menutup terlebih dahulu kuasanya, lapor laman web telekomunikasi Jerman, Teltarif.de.

Para pengguna juga tidak digalakkan mengeluarkan kad memori kecuali perantinya juga ditutup. Jika ia terpaksa dilakukan ketika perantinya masih dibuka, sekurang-kurangnya tutup semua aplikasi dan prosesnya terlebih dahulu.

Untuk melindungi kad memori atau kad sokongan ketika ia dikeluarkan daripada telefon, simpannya dalam kotak plastik kecil yang digunakan semasa ia dijual.– dpa

ARTIKEL YANG SAMA