Gangguan seksual berleluasa dalam polis Australia

Gangguan seksual berleluasa dalam polis Australia

SYDNEY, 22 Ogos – Hampir separuh wanita yang bekerja dalam pasukan polis negara Australia berkata mereka telah menjadi mangsa gangguan seksual dalam tugas mereka, menurut laporan yang dikeluarkan hari ini yang menggesa bagi perubahan segera.

Kajian ke atas budaya tempat kerja Polis Persekutuan Australia (AFP) juga mendapati lebih 60 peratus kakitangan – lelaki dan wanita, dilaporkan menjadi mangsa buli.

“Dalam serangan seksual dan buli, tindakan segera adalah diperlukan,” kata pengarang laporan itu, bekas pesuruhjaya diskriminasi seks, Elizabeth Broderick.

Tinjauan dijalankan bagi laporan itu mendapati 46 peratus wanita dan 20 peratus lelaki berkata mereka telah menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja dalam tempoh lima tahun lalu.

“Peratusan ini hampir dua kali ganda purata kebangsaan,” menurutnya.

“Enam puluh dua peratus lelaki dan 66 peratus wanita melaporkan bahawa mereka telah dibuli di tempat kerja dalam tempoh lima tahun lalu.”

Dokumen itu “Cultural Change: Gender Diversity and Inclusion in the Australian Federal Police” (Perubahan Budaya: Perbezaan Jantina dan Kemasukan dalam Polis Persekutuan Australia) juga mengkritik proses laporan bagi aduan.

Sebilangan pekerja polis merasakan jika mereka melaporkan gangguan ia akan menjejaskan karier mereka atau mengakibatkan mereka dipulaukan atau dijadikan mangsa, manakala yang lain berkata aduan boleh mengambil masa terlalu lama untuk diselesaikan dan mempersoalkan kerahsiaannya.

Wanita di seluruh AFP, yang berasingan dari pasukan polis negara, juga melaporkan kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan budaya yang didominasi oleh lelaki’, termasuklah terpaksa ‘membuktikan diri mereka sendiri.”

“Kita pasti membuat kemajuan tetapi saya masih berfikir wujud budaya serangan seksual dan buli,” seorang peserta wanita memberitahu tinjauan itu.

Dalam mengeluarkan laporan itu, Pesuruhjaya AFP, Andrew Colvin mengakui bahawa ‘keadaan mesti berubah’ dan memohon maaf kepada kakitangan yang lalu dan masa kini yang telah menjadi mangsa perlakuan yang tidak dapat diterima.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA