Ganja sintetik disyaki punca puluhan mangsa jatuh sakit

Ganja sintetik disyaki punca puluhan mangsa jatuh sakit

LOS ANGELES, 23 Ogos – Sejenis ganja sintetik dipercayai menjadi punca di sebalik penyakit yang telah menghantar berpuluh-puluh orang dari pusat bandar kejiranan Los Angeles ke bilik kecemasan semenjak beberapa hari yang lalu, pihak berkuasa berkata hari ini.

Seramai 18 orang dari daerah tempat tinggal Skid Row telah dirawat oleh anggota bomba semalam dan 14 yang lainnya telah dibawa ke hospital, kata jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles, Margaret Stewart.

Jabatan itu menerima lebih daripada 50 orang mangsa di kawasan itu dan sebahagian 38 lainnya dibawa ke hospital.

Walaupun punca penyakit masih belum disahkan oleh ujian toksikologi, pihak berkuasa berkata ia bermungkinan berpunca daripada sejenis ganja sintetik yang dikenali sebagai ‘spice’.

Anggota bomba dan paramedik Los Angeles ketika membantu mangsa di Skid Row untuk dibawa ke hospital. Seramai 18 orang dari daerah tempat tinggal Skid Row telah dirawat oleh anggota bomba semalam dan 14 yang lainnya telah dibawa ke hospital, kata jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles, Margaret Stewart. – AP

Berita televisyen tempatan menunjukkan ramai daripada mereka pengsan di tepi jalan, dan kini mereka sedang dirawat oleh anggota bomba atau kakitangan kesihatan yang lain.

“Disebabkan ia adalah sejenis ganja Sentetik, tiada siapa yang tahu mengenai bahan-bahan yang terdapat di dalamnya,” pengarah perubatan, Jabatan Bomba Los Angeles, Marc Eckstein berkata dalam satu kenyataan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA