Ganjaran baucar SCB sehingga $688

Ganjaran baucar SCB sehingga $688

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Para pelanggan yang sedia ada berpotensi ingin membuka akaun Simpanan atau Semasa JustOne Brunei Dollar Savings di Bank Standard Chartered (SCB) boleh menjangka menerima ganjaran hebat apabila mereka membuka akaun baru atau menambah wang baru dalam akaun mereka sekarang.

Promosi ini berlangsung mulai sekarang sehingga 30 September.

Pelanggan akan diberi ganjaran dengan baucar membeli-belah di kedai runcit terpilih seperti Supa Save, Euro Classic Collection, AV Electronics, Century Travel, Thomson Furniture, Kuvings dan Chang Ein Hong.

Untuk melayakkan diri menyertai promosi ini, pelanggan perlulah menambah wang minimum sebanyak $50,000 dan lebih dalam akaun mereka atau apabila membuka akaun baru di SCB.

Baucar ganjaran berjumlah daripada $38 sehingga $688 bergantung pada jumlah deposit yang disimpan.

Pelanggan yang mengambil bahagian dalam promosi ini perlu mengekalkan jumlah deposit tokokan dalam akaun mereka untuk minimum enam bulan.

Marilyn Graeme, Ketua Hal Ehwal Korporat, Jenama & Pemasaran berkata: “Dengan tawaran berkenaan, kami mahu memberi ganjaran kepada pelanggan berpotensi yang mencari pilihan untuk simpanan mereka sementara menggalak budaya berjimat dengan pelanggan sekarang.

“Akaun simpanan merupakan pilihan yang baik untuk pelanggan yang tidak suka risiko dan memilih alat simpanan tradisional atau untuk pelanggan yang memilih menyimpan wang mereka dalam bentuk cair.”

Selain daripada ganjaran, pelanggan juga boleh mendaftar untuk status Priority Banking apabila mereka memenuhi jumlah aset minimum di bawah pengurusan (AUM) sebanyak $80,000.

Status itu melayakkan mereka mendapatkan percubaan keahlian Priority Banking selama satu tahun di mana mereka boleh menikmati keistimewaan Priority sepenuhnya termasuk kad kredit Visa Infinite.

Percubaan promosi ini akan diteruskan sehingga 18 Julai.