Ganjaran buat...

Ganjaran buat pelanggan Boustead

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Sebagai ganjaran kepada para pelanggannya, Boustead Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama Nissan di Brunei mengadakan acara istimewa bertema ‘Colour Your Style’, hari ini dan esok.

Acara yang diadakan di Bilik Pameran Nissan, Boustead Sdn Bhd itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan dibukakan kepada orang ramai.

Antara yang diketengahkan dalam acara berkenaan adalah sesi dandanan dan solekan mini oleh Alan Salon dan The Face Shop.

Selain itu, kanak-kanak turut dihiburkan dengan aktiviti melukis muka yang mana kesemua ini boleh disertai secara percuma.

Para pengunjung dihiburkan dengan aktiviti melukis muka yang mana kesemua ini boleh disertai secara percuma.
Para pengunjung dihiburkan dengan aktiviti melukis muka yang mana kesemua ini boleh disertai secara percuma.

Pengurus Pemasaran Boustead Sdn Bhd, Alvin Kho berkata, selain memberi penghargaan kepada orang ramai, acara ini juga diadakan bagi menyelaraskan dengan promosi sedia ada bertemakan ‘Style The Way You Want’.

Alvin Kho menambah bahawa pesta yang diadakan dari jam 9 pagi hingga 4 petang itu berobjektif untuk menggabungkan kereta-kereta Nissan dengan gaya hidup mereka.

ARTIKEL YANG SAMA