Ganjaran buat...

Ganjaran buat pelanggan SCB membeli-belah di Hua Ho

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Bank Standard Chartered (SCB) memberi ganjaran kepada para pelanggan yang membeli-belah untuk perayaan bulan ini dengan peluang memenangi hadiah-hadiah segera di Gedung-gedung Perniagaan Hua Ho yang ikut serta di Daerah Brunei dan Muara iaitu Hua Ho Yayasan, Manggis, Tanjung Bunut dan Sengkurong.

Menurut kenyataan SCB, promosi ini bermula kelmarin (11 Januari) hingga 28 Januari, di mana pelanggan yang berbelanja $128 dalam satu resit atau $688 daripada resit terkumpul menggunakan Standard Chartered Hua Ho MasterCard, boleh membawa resit-resit mereka ke cawangan-cawangan SCB di Manggis Mall dan Hua Ho Tanjung Bunut untuk menyertai cabutan bertuah.

Hadiah-hadiah dalam cabutan bagi resit $128, yang terhad kepada 650 cabutan pertama, termasuk pek minuman ringan, baucar membeli-belah Hua Ho, kutleri dan set pinggan mangkuk.

Dalam cabutan bagi $688, terhad kepada 120 cabutan pertama, pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah seperti Tefal Cookware, peralatan dapur Philips, baucar membeli-belah Hua Ho atau pakej percutian untuk dua orang ke Bali.

Pemangku Ketua Produk dan Segmen Runcit, Wong Li Li dipetik sebagai berkata, “Kami gembira bekerjasama dengan Gedung Perniagaan Hua Ho untuk menawarkan tawaran interaktif kepada pelanggan-pelanggan Hua Ho MasterCard kami semasa musim perayaan, menambah kemeriahan sambutan.

“Kad jenama bersama Hua Ho MasterCard merupakan produk lama Standard Chartered yang juga menunjukkan perkongsian kukuh kami dengan Hua Ho,” tambah beliau.

SCB dalam kenyataan menjelaskan, Standard Chartered Hua Ho MasterCard adalah kad kredit jenama bersama yang terdapat dalam bentuk dan saiz unik yang menawarkan diskaun 10 peratus sepanjang tahun di gedung-gedung perniagaan Hua Ho yang ikut serta bagi barangan terpilih di samping mendapat mata ganjaran 360 serta mempunyai semua kemudahan kad kredit biasa.

ARTIKEL YANG SAMA