Ganso lengkap perpindahan ke Sevilla

Ganso lengkap perpindahan ke Sevilla

SEVILLA, 24 Julai – Paulo Henrique Ganso (bawah) percaya dia sudah ‘bersedia untuk Eropah’ tatkala diperkenalkan sebagai pemain baharu Sevilla selepas melengkapkan perpindahan bernilai STG9.5 juta daripada Sao Paulo.

Bercakap pada sidang media di situ semalam, dia menjelaskan betapa dia sedia melakukan yang terbaik untuk menyesuaikan diri dengan bagaimana kehendak pengendali Jorge Sampaoli yang mahunya beraksi.

Malah, dia mendedahkan perbincangan dengan Sampoali meyakinkannya sambil tidak menafikan menerima nasihat daripada penyerang Barcelona, Neymar dan bekas penyerang Sevilla, Luis Fabiano yang kini beraksi di Liga Super China.

“Pada usia 26 tahun tahun, saya sudah bersedia untuk berhijrah ke Eropah. Saya akan cuba menyesuaikan diri sebaik mungkin selain cuba membuat yang terbaik.

pg20_160725_c

“Saya akan menyesuaikan diri dengan apa yang dikehendaki Sampoali, sama ada beraksi sebagai pemain tengah menyerang atau bertahan, dan saya akan mengikut apa yang diputuskannya,” kata Ganso yang mengikat kontrak selama lima tahun dengan juara Liga Europa itu.

“Neymar ada bercakap mengenai La Liga dan Luis Fabiano pun banyak bercakap perkara yang elok mengenai kelab ini. Mereka adalah pemain yang hebat dan saya mahu segera menyesuaikan diri di Sevilla.

“Saya sudah cergas sepenuhnya dan sudah bersedia untuk beraksi. Saya mengucapkan selamat tinggal kepada Sao Paulo dengan penuh kegembiraan, emosional dan kesedihan.”

Pengarah Sukan, Monchi bagaimanapun mengesahkan Ganso 100 peratus menjadi milik Sevilla walaupun terdapat milikan ketiga dalam mendaftarkan pemain terbabit. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA