Gara-gara ambil dadah

Gara-gara ambil dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160622_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Gara-gara mengambil dadah pada 2013, seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $1,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Awang Adiwan bin Awang Anak, 29, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah pada 31 Julai 2013.

Dia diberkas oleh sepasukan pegawai narkotik yang membuat serbuan di sebuah rumah di STKRJ Kampung Perpindahan Lambak Kiri.

Ujian air kencing yang diambil daripada defendan ketika itu setelah dianalisa dan didapati mengandungi methylamphetamine.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh tiga bulan kepada defendan untuk membayar denda itu, dan jika gagal akan berdepan tiga bulan penjara.

Majistret Hajah Ervy turut memerintahkan defendan untuk menjalani ujian air kencing selepas sebutan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Narkotik, Normahirah binti Rosli.

ARTIKEL YANG SAMA