Gara-gara cederakan isteri sendiri

Gara-gara cederakan isteri sendiri

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Mahkamah Majistret, hari ini, menetapkan 26 hingga 28 Julai untuk perbicaraan seorang suami yang berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya pada Mac 2016.

Mohammad Faizal bin Awang Burot@Karim, 27, terdahulu mengaku tidak bersalah atas dakwaan menggenggam pergelangan tangan kiri, menumbuk lengan kanan atas dan memukul kepala isterinya yang berusia 30 tahun itu berulang kali.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dalam sebuah kereta pada 22 Mac 2016 kira-kira jam 12:45 tengah hari di kawasan The Airport Mall.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo akan memanggil tujuh orang saksi untuk memberikan keterangan manakala tertuduh tidak mempunyai saksi sebagai pembelaannya.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menetapkan tarikh perbicaraan itu dan melanjutkan tempoh ikat jamin tertuduh.

ARTIKEL YANG SAMA