Gara-gara cemburu

Gara-gara cemburu

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 18 Jan – Akibat tertekan seorang isteri nekad mengelar pergelangan tangannya menggunakan pisau cukur dalam percubaan bunuh diri di kediamannya di kampung Jalan Pandaruan di sini malam Sabtu lepas.

Mangsa yang berusia 31 tahun dikatakan mengelar pergelangan tangan kirinya menggunakan pisau jenis gilette di dalam bilik tidur sekitar jam 8:30 malam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa ada bergaduh dengan suaminya kerana cemburu dan masalah kewangan.

Sebaik melihat tangan isterinya cedera, suami mangsa segera menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Akibat kejadian itu mangsa menerima sembilan jahitan.

Tangan kiri mangsa yang menerima sembilan jahitan.
Tangan kiri mangsa yang menerima sembilan jahitan.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Jelasnya mangsa kini dalam keadaan stabil dan kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh diri).

Sementara itu dalam kes berasingan seorang lelaki yang kehilangan satu unit penyembur racun miliknya berjaya menemui semula penyembur racunnya selepas dikebas pencuri dalam kejadian yang berlaku di Kampung Bukit Luba pagi Sabtu lepas.

Mangsa, 48, menemui semula penyembur racun daripada seorang lelaki yang mendakwa membeli penyembur racun terbabit daripada suspek yang menjualnya dengan harga RM50.

Mohd Bukhori berkata suspek 31 yang bekerja sebagai tukang kebun berjaya ditahan dan seunit penyembur racun berjaya dirampas.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.