Gara-gara cuba mencuri seterika, pisau

Gara-gara cuba mencuri seterika, pisau

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Dis – Gara-gara cuba mencuri seterika dan pisau, dua lelaki, masing-masing penduduk tetap dan warga tempatan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Haji Masirman bin Mazlan berusia 42 tahun yang memiliki rekod jenayah dikenakan empat bulan penjara manakala rakannya, Mohd Hisham bin Abd Rappar, 30, dijatuhi tiga bulan penjara.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mengarahkan hukuman ke atas kedua-dua tertuduh berkuat kuasa bermula hari ini.

Kedua-dua mereka didakwa cuba mencuri dua seterika dan satu pisau dari sebuah rumah di Kampung Burong Pingai Ayer pada 2 Disember 2015 kira-kira jam 1 petang.

Kertas pertuduhan menyebut, kedua-dua tertuduh memasuki rumah itu melalui tingkap dengan membawa bersama beg plastik untuk menyimpan barang yang hendak dicuri.

Kedua-dua tertuduh yang kemudian menyedari pemilik rumah telah pulang cuba melarikan diri namun berjaya diberkas oleh penduduk kampung.

ARTIKEL YANG SAMA