Gara-gara cuba rasuah $20

Gara-gara cuba rasuah $20

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Seorang lelaki Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memberi rasuah kepada seorang anggota polis.

Zakir berusia 30 tahun berdepan pertuduhan memberi rasuah $20 kepada anggota polis yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang meletakkan keretanya di zon ‘tidak boleh menunggu’ di laluan menurunkan penumpang, dan meninggalkan keretanya tanpa pengawasan.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 13 Oktober sekitar jam 8:53 pagi.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan sebutan semula pada 2 November.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhayati binti Omar.

mahkamah

ARTIKEL YANG SAMA