Gara-gara cuba seludup diesel

Gara-gara cuba seludup diesel

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Gara-gara cuba menyeludup minyak diesel ke negara jiran, seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini.

Mohd Hanif bin Mahadi yang berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei didakwa melakukan kesalahan itu pada 19 Mei 2014 kira-kira 10 pagi dalam sebuah kereta Nissan Sunny di bahagian luar Pos Kawalan Kuala Lurah.

Tertuduh menghadapi pertuduhan cuba menyeludup keluar 45.5 liter minyak diesel dalam tiga tin plastik Jerry.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 2 Jun untuk sebutan semula kes.

ARTIKEL YANG SAMA