Gara-gara curi makanan dalam tin

Gara-gara curi makanan dalam tin

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mac – Gara-gara mencuri empat tin sardin dan empat tin sotong Rex, seorang lelaki tempatan akan menerima hukumannya pada 28 Mac yang bakal dijatuhkan Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan hukuman itu ke atas Haji Jafri bin Haji Mohammad, 45, yang berdepan dakwaan mencuri makanan dalam tin tersebut di kedai koperasi di Kampung Perpindahan Mata-Mata pada 23 Mac 2016 kira-kira jam 2:10 petang. Fakta kes menyebut, tertuduh yang tidak bekerja telah mencuri makanan dalam tin itu dan memasukkannya ke dalam beg.

pg06_160322_mahkamah logo2

Perbuatannya itu, bagaimanapun, dilihat oleh kakitangan kedai menerusi rakaman CCTV, dan terus memaklumkan kepada rakan kerjanya untuk menahan tertuduh.

Kesemua barang makanan dalam tin itu bernilai $30.80.

Dalam rekod, tertuduh mempunyai kesalahan terdahulu.

ARTIKEL YANG SAMA