Gara-gara dawai alat penghawa dingin

Gara-gara dawai alat penghawa dingin

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 April – Akibat penyambungan pendawaian alat penghawa dingin ke kotak fius yang rosak, sebuah kereta rentung dalam kejadian berdekatan dengan Jabatan Pengangkutan Darat Lama, Gadong kira-kira pukul 12:36 tengah hari tadi.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat, apabila anggota mereka tiba di tempat kejadian, api sudah pun marak dan membakar keseluruhan kereta berkenaan.

Kebakaran berjaya dipadamkan dalam masa tiga minit dengan melibatkan dua buah jentera bomba dan lapan orang anggota dari Balai Bomba Berakas dengan diketuai oleh Pemangku Pegawai Balai, Haji Tarip bin Haji Ghani.

Kebakaran kereta milik L/Kpl Nurazmina Abdul Hamid @ Yuana binti Amit dan dipandu oleh Awang Zefrin bin Haji Patra itu mengakibatkan kerugian yang dianggarkan lebih kurang $18,000, bagaimanapun tiada korban jiwa dilaporkan.

ARTIKEL YANG SAMA