Gara-gara guna dokumen palsu

Gara-gara guna dokumen palsu

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Mahkamah Majistret, semalam, mengarahkan seorang wanita tempatan untuk menjalani perintah khidmat masyarakat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen asli.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abd Rahman mengarahkan Maimun binti Haji Omar, 43, untuk menjalani perintah itu selama 100 jam dalam tempoh setahun.

Terdahulu, Maimun berdepan dakwaan membantu empat individu dengan membantu mereka menyediakan slip gaji kerajaan palsu yang akan digunakan bagi menyokong permohonan untuk pembiayaan sewa beli kenderaan.

Dia melakukan kesalahan itu dalam enam kes berasingan pada Ogos dan September 2009.

Defendan diwakili Peguam Bela, Rozaiman bin Abdul Rahman, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh.

ARTIKEL YANG SAMA