Gara-gara guna pasport orang lain

Gara-gara guna pasport orang lain

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Gara-gara menggunakan pasport milik ibunya untuk melepasi kaunter imigresen, seorang wanita warga Malaysia dijatuhi denda $2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Izzati Fitriyah Abdullah Yong, 37, didakwa menggunakan pasport ibunya untuk berlepas dari Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, pada 13 April 2016. Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan defendan untuk membayar denda itu, dan jika gagal berdepan dua bulan penjara.

Fakta kes daripada Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh menyebut defendan bersama suaminya dan seorang anaknya ketika itu hendak menuju ke Miri, kira-kira jam 7:19 malam.

Ketika di kaunter imigresen, suaminya mengemukakan tiga pasport namun pegawai imigresen yang bertugas cepat menyedari salah satu daripada pasport itu bukan milik defendan. Defendan kemudian ditahan untuk siasatan.

pg06_160422_mahkamah logo2

ARTIKEL YANG SAMA