Gara-gara ingin berjimat

Gara-gara ingin berjimat

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_150825_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Gara-gara ingin menjimatkan wang dengan membeli hati buyah di negara jiran, seorang wanita tempatan menerima nasibnya apabila Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhi denda $800 atas kesalahan memiliki barangan yang tidak dikenakan cukai.

Fatimah binti Haji Bungsu, 48, dari Kampung Sinaut berdepan pertuduhan memiliki 70 kilogram hati buyah ketika kereta yang dipandunya ditahan oleh pegawai kastam yang bertugas di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 2 Januari 2015 kira-kira jam 12:05 tengah hari.

Pemeriksaan yang dijalankan menemui lima kotak berisi hati buyah disimpan dalam but kereta.

Defendan memberitahu mahkamah dia cuba menjimatkan wangnya dengan membeli hati buyah di negara jiran, tambahan lagi sukar untuknya mendapatkannya di negara ini.

“Adakah perbuatan kamu untuk menjimatkan wang itu berbaloi.”

“Tentu tidak, kerana membawa masuk hati buyah tanpa cukai akan hanya membuat kamu mengeluarkan jumlah wang yang lebih banyak untuk membayar denda,” kata Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin.

Meskipun terdapat jenama halal tertera namun adalah tanggungjawab kerajaan negara ini untuk memastikan apa jua produk yang dibawa dari negara jiran adalah selamat dan dijamin kehalalannya untuk penduduk negara ini, tegas Majistret Kanan.

Majistret Kanan memberi tempoh tiga bulan kepada defendan untuk membayar denda itu atau berdepan sebulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA