Gara-gara ingin ‘hidup senang’

Gara-gara ingin ‘hidup senang’

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Seorang wanita tempatan yang tidak serik-serik melakukan kesalahan hanya untuk bermewah-mewah, dijatuhi lima tahun empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memutuskan hukuman itu ke atas Suzanti binti Ibrahim, 28, yang mengaku bersalah kerana mencuri barang kemas bernilai $47,380 dari dua buah rumah di Kampung Sungai Tilong, Kampung Selayun dan Kampung Tanah Jambu antara bulan Mac dan April 2016.

pg08_160715_mahkamah logo2

Tertuduh menjual barang kemas itu di mana hasilnya digunakan untuk melancong dan ‘hidup senang’.

Tertuduh sebelum ini pernah meringkuk dalam penjara kerana melakukan kesalahan mencuri, menipu dan menyamar. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Latiff.

ARTIKEL YANG SAMA