Gara-gara jalan tidak kukuh

Gara-gara jalan tidak kukuh

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Sebuah lori tersekat di Simpang 24 Kampung Manggis Satu apabila tayar belakangnya termasuk ke dalam lubang yang dikatakan baru sahaja dikorek bagi penambah baikkan paip air.

Salah seorang penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan tempat kejadian, Dayang Norjakustina berkata, kejadian berkenaan berpunca daripada jalan yang baru saja dikorek oleh salah sebuah syarikat kontraktor bagi penambah baikkan paip air.

“Akan tetapi penampalan jalan hanya digunakan dengan simen biasa, oleh itu keutuhan jalan kurang memuaskan dan menyebabkan kenderaan berat seperti lori tidak mampu menahannya,” ujarnya.

Lori seberat lima tan yang tersekat di Simpang 24, Kampung Manggis Satu.
Lori seberat lima tan yang tersekat di Simpang 24, Kampung Manggis Satu.
Jalan yang baru saja ditampal tidak mampu menahan berat lori berkenaan.
Jalan yang baru saja ditampal tidak mampu menahan berat lori berkenaan.

Lori berkenaan terpaksa diangkat menggunakan jentera berat dan tiada kerosakan teruk dilaporkan pada lori berkenaan, akan tetapi jalan di simpang 24 itu mengalami kerosakan teruk akibat kejadian berkenaan.

Penduduk kampung melahirkan harapan agar perkara berkenaan akan dapat difikirkan secepatnya demi keselesaan penduduk kampung.

ARTIKEL YANG SAMA