Gara-gara komputer panas

Gara-gara komputer panas

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 14 Jan – Panas berlebihan daripada sebuah komputer riba yang ditinggalkan dipercayai menjadi punca kejadian kebakaran bilik di sebuah rumah di Kampung Sungai Taring Lumut, di sini.

Menurut laporan Balai Bomba Sungai Liang, mereka telah menerima panggilan kejadian kebakaran rumah kira-kira pukul 3:44 petang kelmarin dan 10 orang anggota bersama tiga buah jentera bomba, diketuai oleh Pemangku Timbalan Pegawai Balai, Awang Mohd Helmi telah dikejarkan dan tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang.

Turut bergegas ke tempat kejadian ialah Stesen Komander Balai Bomba Sungai Liang, Pegawai Balai Muhd Ali bin Hassan, Ketua Kampung Lumut 2, Haji Abdul Rahman bin Hashim serta beberapa orang pegawai bomba dari Unit Pencegahan Kebakaran yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Balai, Awang Reduan bin Duraman. Juga hadir ialah pegawai dari JAPEM dan anggota polis.

Anggota Bomba dan Penyelamat ketika meminta keterangan diri daripada penghuni bilik yang mengalami kebakaran.
Anggota Bomba dan Penyelamat ketika meminta keterangan diri daripada penghuni bilik yang mengalami kebakaran.

Menurut bomba, setelah tiba di tempat kejadian, api telah dipadamkan oleh penghuni bilik terbabit yang juga merupakan penduduk tempatan, Awang Md Fajari bin Amanullah.

Kerugian akibat kejadian itu dianggarkan kira-kira $2,000. Punca sebenar kejadian masih disiasat.

ARTIKEL YANG SAMA