Gara-gara makanan dalam tin

Gara-gara makanan dalam tin

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Seorang penganggur yang mengaku bersalah kerana mencuri makanan dalam tin dijatuhi 14 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman memutuskan hukuman itu ke atas Haji Jafri bin Haji Mohammad, 45, yang dituduh mencuri empat tin sardin dan empat tin sotong Rex.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai koperasi di Kampung Perpindahan Mata-Mata pada 23 Mac 2016 kira-kira jam 2:10 petang.

pg06_160329_mahkamah logo

Fakta kes menyebut, tertuduh mencuri makanan dalam tin yang dianggarkan bernilai $30.80, dan memasukkannya ke dalam beg.

Perbuatannya itu, bagaimanapun, dilihat oleh kakitangan kedai menerusi rakaman CCTV, dan terus memaklumkan kepada rakan kerjanya untuk menahan tertuduh.

Dalam rekod, tertuduh mempunyai kesalahan terdahulu.

ARTIKEL YANG SAMA