Gara-gara memburu Pokemon

Gara-gara memburu Pokemon

JAKARTA, Indonesia, 19 Julai – Polis Indonesia telah menahan seorang warga Perancis yang menceroboh masuk ke pangkalan tentera sementara bermain permainan realiti yang kian popular ‘Pokemon Go.’

Seorang jurucakap daripada polis Jawa Barat berkata Romain Pierre, 27, ditangkap di sebuah pusat pemeriksaan pada Isnin petang selepas pada mulanya melarikan diri ketika dicabar oleh pengawal-pengawal keselamatan di kompleks tentera di Cirebon.

Pierre bagaimanapun dilepaskan beberapa jam kemudian kerana ia menjadi jelas “dia tidak sengaja masuk ke kompleks itu apabila dalam masa yang sama mengejar Pokemon sambil berjoging,” jurucakap polis, Kolonel Yusri Yunus, berkata hari ini.

‘Pokemon Go,’ yang menggunakan perisian Google Map dan telefon bimbit pintar untuk mempamerkan dunia realiti dengan makhluk-makhluk Pokemon, telah menjadi topik hangat di AS dan negara-negara lain yang ada. Ia bagaimanapun belum dilancarkan secara rasmi di Indonesia namun sudah terkenal lebih awal.

Seorang warga Perancis ditahan apabila memasuki kawasan pangkalan tentera hanya gara-gara ingin memburu Pokemon. – AFP
Seorang warga Perancis ditahan apabila memasuki kawasan pangkalan tentera hanya gara-gara ingin memburu Pokemon. – AFP

Setiausaha Kabinet, Pramono Agung memberitahu para pemberita minggu lepas dia telah menangkap beberapa ekor Pokemon di Istana Presiden di Jakarta.

Datuk bandar Jakarta berkata ia mungkin boleh digunakan untuk meningkatkan sektor pelancongan ke bandar itu.

Namun beberapa pegawai keselamatan telah menyuarakan kebimbangan bahawa permainan tersebut boleh menimbulkan ancaman keselamatan.

Pihak polis berkata Pierre bekerja bagi sebuah syarikat di Jakarta dan ketika ini berada di Cirebon bagi lawatan, kira-kira 190 kilometer (118 batu) dari timur ibu negeri. – AP