Gara-gara mengurung rakan

Gara-gara mengurung rakan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Empat orang warga Bangladesh yang berdepan pertuduhan menculik rakan senegara, dengan niat untuk mengurungnya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, hari ini, untuk perbicaraan seterusnya selepas dipindahkan dari Mahkamah Majistret di sini.

Mahbub Solaiman Patwary, 45, Moniruzzaman Monir, 33, dan Mohammad Zakir Hossain, 24, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Rezaul Karim pada 22 Oktober di kawasan berdekatan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

pg06_151202__mahkamah logo2

Keempat-empat tertuduh diwakili Peguam Bela, Haji Mohd Rozaiman bin DSLJ Haji Abdul Rahman manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurjauinah binti Haji Kula.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 365 Kanun Hukuman Jenayah Bab 22, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Mahkamah menetapkan 2 Disember untuk perbicaraan seterusnya.

ARTIKEL YANG SAMA