Gara-gara miliki barangan tegahan

Gara-gara miliki barangan tegahan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160114_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Seorang lelaki warga Malaysia dijatuhi hukuman denda $1,200 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memiliki rokok dan minuman keras yang tidak dikenakan cukai.

Ngui Loi Fook, 47, didakwa memiliki satu karton dan sembilan paket rokok, dan 13 botol serta 11 tin minuman keras di kediamannya di Tasek Lama pada 23 Disember 2015.

Defendan dalam rayuannya memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman paling ringan dan sanggup membayar $300 dahulu dan bakinya pada 14 Januari. Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin membenarkan defendan sehingga esok untuk membayar baki denda, dan jika gagal berdepan sebulan penjara.

Pertuduhan menyebut, pegawai pencegah kastam berserta agensi penguatkuasaan lain telah membuat pemeriksaan ke atas tempat tinggal tertuduh dan menemui rokok serta minuman keras dalam bilik tidur.

Defendan ketika disoal siasat memberitahu bahawa rokok dan minuman keras itu adalah miliknya dan untuk dirinya.

Pegawai Pendakwa Kastam dalam faktanya memberitahu mahkamah bahawa cukai yang seharusnya dibayar oleh defendan untuk memiliki rokok-rokok itu ialah $95 dan untuk minuman keras ialah $24.

Majistret Kanan turut meluluskan permohonan pegawai pendakwa kastam untuk kesemua barang yang tersenarai dalam notis rampasan itu diserahkan kepada kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA