Gara-gara miliki hati buyah

Gara-gara miliki hati buyah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160421_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Gara-gara memiliki 100 kilogram hati buyah yang tidak diisytiharkan, seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $5,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Omayah bin Haji Mumin, 38, mengaku bersalah di hadapan Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman atas dakwaan memiliki 10 kotak mengandungi hati buyah di dalam keretanya, pada 8 April 2016.

Defendan ditahan di kawasan letak kereta di Kampung Batu Marang oleh pegawai pencegah kastam dan pegawai dari Unit Kawalan Makanan Halal, di mana mereka menemui hati buyah yang diragui kehalalannya di dalam but kereta miliknya.

Defendan memberitahu hati buyah itu adalah miliknya, dan dihantar oleh seorang lelaki bernama ‘Adi’ melalui bot dari Malaysia.

Dia mengaku hati buyah itu adalah untuk dirinya dan juga untuk dijual kepada rakan-rakannya pada harga $6 sekilogram.

Menurut Pegawai Pendakwa Kastam, nilai pasaran bagi hati buyah untuk satu kilogram ialah $8, dan dalam kes defendan ianya berharga $800.

Majistret Azrimah memberi tempoh sehingga 30 Mac 2017 untuk defendan membayar denda, dan jika gagal akan berdepan lima bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA