Gara-gara miliki rokok

Gara-gara miliki rokok

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhi denda $14,000 ke atas seorang warga emas selepas mengaku bersalah memiliki sejumlah rokok yang tidak diisytiharkan pada 2014. Haji Abdullah bin Haji Awang Damit, 70, didakwa memiliki 23 karton dan 130 paket rokok di dalam keretanya ketika ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 30 September 2014.

Fakta kes menyebut, pemeriksaan yang dijalankan menemui rokok-rokok itu disembunyikan di bahagian kiri dan kanan pintu penumpang belakang.

Defendan mengaku membeli rokok itu di Limbang pada harga $270 yang mana rokok-rokok itu adalah untuk beberapa orang ahli keluarganya.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman mengarahkan defendan untuk membayar $1,500 setiap bulan, bermula hujung Disember ini sehingga habis atau berdepan 12 bulan penjara jika gagal membayar denda itu. Pemangku Majistret Kanan turut mengarahkan kesemua rokok yang dirampas itu diserahkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.

ARTIKEL YANG SAMA