Gara-gara palsukan cek kosong, pegawai kena 2 tahun penjara

Gara-gara palsukan cek kosong, pegawai kena 2 tahun penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160910_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menjatuhi dua tahun penjara ke atas seorang pegawai kanan kerajaan yang berdepan tuduhan mencuri dan memalsukan dua keping cek kosong yang sudah ditandatangani, pada 2015.

Amirrudin bin Haji Junaidi pada 5 September lalu telah mengubah pengakuannya kepada ‘bersalah’ untuk pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Dia terdahulu didakwa mencuri dua keping cek kosong dari kediaman mangsa ketika mangsa berada di luar negara.

Dia melakukan kesalahan itu pada 25 Februari 2015.

Amirrudin turut didakwa memalsukan dua keping cek kosong milik mangsa dengan menulis namanya sebagai penerima, masing-masing pada jumlah $60,000 dan $40,000.

Dia berdepan dakwaan itu pada dua tarikh berlainan iaitu antara 25 dan 26 Februari 2015, dan 10 Mac 2015.

ARTIKEL YANG SAMA