Gara-gara penumpang mabuk, pesawat Malaysia berpatah balik

Gara-gara penumpang mabuk, pesawat Malaysia berpatah balik

KUALA LUMPUR, 10 Mei (dpa) – Pesawat Malaysia Airlines (MAS) menuju ke Sri Lanka dipaksa berpatah balik selepas berlepas akibat penumpang mabuk hari ini, menurut syarikat itu.

“Penumpang mabuk itu mula mengganggu krew Malaysia Airlines sejurus selepas pesawat itu berlepas,” katanya. Disebabkan saiz badannya yang besar, penumpang lain terpaksa membantu krew untuk mengekang penumpang itu.

Juruterbang memilih untuk kembali ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, di mana penumpang mengganggu itu diserahkan kepada pihak berkuasa.

Laman web penjejak penerbangan, Flightradar 24 menghantar tweet bahawa pesawat itu sudah terbang dalam pusingan selama dua jam di Teluk Melaka untuk membakar bahan api dan mengurangkan berat sebelum ia mendarat.

ARTIKEL YANG SAMA