Gara-gara rokok, remaja didenda $1,400

Gara-gara rokok, remaja didenda $1,400

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Seorang remaja diperintahkan oleh Mahkamah Majistret, semalam, untuk membayar denda $1,440 selepas mengaku bersalah memiliki rokok yang tidak diisytiharkan.

Nur Ashikin binti Bahari, 18, didakwa memiliki empat karton rokok dengan menyembunyikannya di dalam bajunya ketika ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah kira-kira jam 8:50 malam pada 15 Julai. Kertas pertuduhan menyebut, defendan membeli rokok-rokok itu di Limbang dengan harga $8 ke $10 untuk satu karton.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan defendan untuk membayar $300 hari ini, dan selebihnya perlu dibayar pada bulan-bulan mendatang sehingga selesai, dan jika gagal akan berdepan empat bulan penjara.

mahkamah

ARTIKEL YANG SAMA