Gara-gara terlupa jerangan air

Gara-gara terlupa jerangan air

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Sebuah rumah di Kampung Berambang Bolkiah B hampir musnah dijilat api apabila dapur rumah berkenaan terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10:56 pagi itu, dua buah jentera bomba dikerahkan dari Balai Bomba Laut bersama seramai tujuh orang anggota dengan diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai, Awang Sufri bin Baharudin.

Pihak bomba memberitahu Media Permata, sejurus tiba di tempat kejadian, api sudah berjaya dipadamkan oleh penghuni rumah berkenaan.

Menurut siasatan awal, hanya bahagian dinding dan lantai dapur rumah berkenaan mengalami kerosakan dalam kejadian berkenaan yang dipercayai berpunca daripada jerangan air yang ditinggalkan.

Kebakaran di rumah milik Awang Shahrul Nizam bin Haji Dollar itu dianggarkan menyebabkan kerugian sebanyak $300.

ARTIKEL YANG SAMA