Gara-gara tidak hadir ke Mahkamah

Gara-gara tidak hadir ke Mahkamah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Mahkamah Perantaraan di sini, semalam, membatalkan perintah ikat jamin seorang lelaki yang berdepan dakwaan mencederakan dan melakukan peras ugut terhadap seorang lelaki tempatan pada 2 November 2015.

Hakim Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menarik balik ikat jamin Mohd Hairul Azmi bin Haji Jumat, 31, selepas dia gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan. Fakta kes menyebut, Mohd Hairul Azmi bersama rakan-rakannya Aldani bin Awang Kifli, 33, Kanafiah@Jofree bin Japar, 50, Norazatul Amal Nazirah@Norhafrini binti Norariffin, 20, dan Nurul Iffah Alya Nurana@Nabilah binti Salim, 29, telah mengurung, memeras dan mencederakan mangsa di sebuah rumah di Kampung Perpindahan Lambak Kanan.

pg06_160111_mahkamah logo2

Dalam sebutan terdahulu, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah. Hakim menetapkan pertengahan tahun untuk perbicaraan terhadap kesemua tertuduh, dan melanjutkan tempoh ikat jamin mereka kecuali Norazatul Amal, di mana ikat jaminnya telah pun dibatalkan apabila dia tidak menghadirkan diri dalam salah satu prosiding di Mahkamah Majistret.